Yang sudah sudah sudah.

Mungkin kau sebenarnya bukan pemotret langit yang tidak cantik itu. Mungkin ayahmu hanya raja ketika dia telah tiada. Kata-katamu hanya keangkuhan yang menyelimut rasa takut, rasa hancur kalau-kalau kau berada dalam kesunyian. Memang kau tidak patut lahir dan membesar di perkampungan nelayan. Matamu tidak layak dijamu laut yang menafkahkan ikan. 


Ya, aku marah. Sia-sia firasat tidak baik melewati dan kerisauan terus kutujukan. Sekarang aku memang tidak mahu berada di situ. Entah apa yang bagus tentang kelab bola Inggeris itu. Foto yang kau ambil memang hanya kau, atau mungkin cuma teman-teman yang kerap kau ulang kisah-kisah mereka ketika berkelana ke Eropah. Atau mungkin cuma England.

Kau pun tahu, aku sepatutnya perlu lebih kejam lagi. Mungkin keluargamu diuji dan kau pula ditinggal pergi pasanganmu, tetapi sebaiknya aku putuskan untuk selama kurang lebih sepuluh tahun pertemanan kita habis di sini.


Kita selesai.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.