Georgetown Literary Festival 2023.

 Hai, blog.


Lupa nak update sini. Sekurang-kurangnya biar meninggalkan jejak digital di sini. Bulan lepas, 24 November 2023, saya ke Georgetown Literary Festival 2023, #GTLF2023. Niat ke sana cuma ingin berjumpa kawan-kawan, baik kawan baru atau kawan lama. Dah lama rasanya saya tak turun event, lagi-lagi acara buku dan sastera.




Tapi kali ini saya nak cuba, menjadi orang yang tidak dikenali, menjadi pemerhati dan habuk-habuk yang berterbangan. Saya datang untuk diam dan menikmati. Bila husband dah kasi green light, kita pun geraklah. 


Satu yang saya tak suka dengan #GTLF2023 ni ialah venue. Bukan dengan interior tempat yang dipilih, tapi kawasan luar yang memang susah nak cari parking. Lima kali pusing jugaklah sampai lambat ke acara. Akhir sekali saya letak kereta di kawasan yang tidak mengganggu orang dan jalan, malangnya masih bukan di dalam petak parking. Sepatutnya bila ada acara sebegini, mungkin MBPP atau pihak berwajib perlu memberi pelepasan, atau sekurang-kurangnya take note tentang hal tersebut. Di sebelah Black Kettle kosong sekosong-kosongnya namun tidak dibenarkan untuk parking (sebab line kuning) tapi itulah. Saya rasa pihak penganjur pun ingin mengikut tema nama GTLF itu maka acara harus diadakan di Georgetown (yang sibuk dan padat dan tiada parking) sedangkan ada tempat berbumbung dan berparking lain yang lebih mudah (seperti di Setia Spice Convention Centre atau tempat yang seperti ini) but okay. Maaf, membebel pula. Haha!


Anyway, saya naik ke tingkat atas Black Kettle. Full house. Saya nampak Fazleena Hishamuddin dan Sue Emoqwin. Waktu tu, saya pakai pelitup muka sebab yelah, kan nak acah-acah misteri, konon-konon bergerak dalam senyap. Haha! Tiba-tiba mereka berdua nak berangkat pergi makan pula. Terpaksalah saya tegur "nak pergi mana ye?" Pelik bukan tiba-tiba ada strangers tegur nak pergi mana. Sue pasrah je jawab "Aa? Nak pergi makan.." Hahaha! Dan saya pun buka pelitup muka saya..



Fazleena terus "allahuakbar ya Allah.." Sue macam terkejut sikit sebab kami tak pernah face to face lagi sebelum ni, cuma saling follow di social media. Rasa macam jejak kasih pula. Terakhir saya berjumpa Fazleena Hishamuddin ialah pada tahun 2017, di event Kamar Rahsia. Sue (Kak Long) pun "ya Allahh, ye ke..Aku tak pernah jumpa dia depan-depan.." Hahaha! Okaylah, kira jadilah misteri saya ala-ala nak buat surprise tu. Kami berbual, terutamanya dengan Kak Faz tentang hal-hal kami -- rumah tangga, life as a mother, as a writer dan hal anak.. Seronok dan lega jumpa kawan-kawan hebat. 


(Kredit gambar Sue Emoqwin)



Mula-mula saya agak sedikit berdebar nak ke #GTLF2023 sebab satu, saya bukan siapa-siapa. Dua, GTLF sangat dikenali sebagai event (yang dulunya cuma) bagi pengkarya-pengkarya elite sahaja, seperti sasterawan, yang ternama, etc. (Saya rasalah.) Tapi sekarang alhamdulillah, GTLF membuka lebih banyak ruang dan peluang untuk lebih banyak penulis lokal yang makin meningkat naik (yang dulunya bermula di platform indie, at least dari angle kawan-kawan saya). Saya menghadiri acara jam 230 petang di Black Kettle bertajuk Budaya Popular, Cerita Kita di mana Fazleena dan Sue Emoqwin sebagai panel dan Adriana Nordin Manan (one of the curator of GTLF2023) sebagai moderator.




Waktu tu, ramai juga manusia-manusia yang saya hanya kenal nama tapi belum pernah bertegur sapa seperti Hafiz Hamzah, Fahmi Mustaffa, Regina Ibrahim, Aliff Awan, dan Azrin Fauzi. Saya seperti memakai placard besar yang digantung di leher saya tertera "saya bukan siapa-siapa". Segan dan malu jangan cerita. Tapi tak mengapa, cukup saja saya mengagumi dan mengenali dari jauh, dan bahagia dapat melihat semua teman-teman yang selama ini cuma dikenali di social media. Sempat pula saya tegur Qila, pemilik kafe Langit Senja Kopi yang katanya mencuri tulang sekejap hadir ke acara Fazleena. Saya belum sempat ke LSK lagi. Semoga suatu hari nanti.


Keberanian saya ke #GTLF2023 takkan jadi kalau tidak ditemani saudari Ainul Tajul. Saya dan Ainul sudah lama mengenali antara satu sama lain di Twitter, sejak menyertai kolektif puisi. Mungkin kerana darah Hang Tuah Ainul bercampur dengan darah keturunan ayahnya dari Balik Pulau, saya terus menggunakan dialek utara dengan Ainul saat pertama kali berjumpa di Black Kettle hari itu. Seperti sahabat lama! Dan sudah tentu, saya datang ke #GTLF2023 demi Qurratul 'Ain, penulis muda berbakat besar yang saya kagumi. Bermula dari laman sosial, berlanjut ke pertemanan sihat. Alhamdulillah untuk semuanya.


(Kredit gambar Ainul Tajul)





Saya pulang sebelum manusia bekerjaya eight to five yang lain berpusu-pusu keluar dari tempat kerja kerana Jumaat dan jambatan Pulau Pinang bukanlah kombinasi yang baik. Namun, saya tidak pulang dengan tangan kosong. Selain buku Diam Dalam Gempita yang saya beli dan mendapat tanda tangan khas daripada penulisnya Fazleena, ada sehelai 'surat cinta' kiriman khas tulus ikhlas dari Majlis Bandaraya Pulau Pinang di cermin depan kereta saya. 


Tak mengapa. Apa sangat RM25 demi memori dengan kawan-kawan yang baru saya cipta.




P/S: Saya bayar 'surat cinta' tu RM50 sebab lewat dua minggu dari tarikh. Saya anggap bahawa saya memang suka bersedekah saja. Untuk negeri kita. 



0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.