Hari Yang Paling Malang (I)

Lima minit lagi, dah dua jam aku buat kerja menghadap laptop di kafe ni. Di sebelahnya terletak journal harian aku dan dua buah buku bukan fiksi yang bersusun di atas meja. Nampak macam sibuk dan berilmu, bukan? Haha!


Lebih kurang 30 minit tadi, aku dah nampak seseorang yang aku kenal berjalan masuk ke kafe ini, membawa seorang temannya yang tidak kutahu. Mereka memilih meja di bahagian tepi dinding cermin kafe. Mungkin kerana menginginkan nuansa alam dek hiasan tanaman yang ada serta cahaya matahari yang masuk dari ruang skylight. 


Lebih membuatkan aku tak keruan dari tadi, dia duduk menghadap ke arahku. Maka segala tindak tanduk aku akan terlihat jelas di matanya. Ah, sudah! Susah juga dalam situasi macam ni. Lagi susah dari deadline kerja aku yang lagi dua hari ni. 


Aku cuma senyum dan mengangkat kening waktu mata kami bertembung. Dia pun sama. Dah lama kami tidak bertegur sapa. Terakhir di dm Instagram, sekadar bertanya khabar. Itupun aku yang mulakan dulu. Entah kenapa.


Kami masih tenang. Sesekali mata kami memandang, dan cepat-cepat aku ubah pandanganku. It all went well, begini-begini saja sehinggalah aku terpandang seorang lelaki yang masuk ke kafe ini dan membuka pintu untuk anak-anak dan isterinya masuk.


Oh, shit! Kenapa seluas alam semesta, kita semua disumbat ke kafe ni, pada waktu aku tengah settlekan deadline kerja aku yang lagi dua hari? Dosa apa yang aku buat sampai Tuhan menyumbat aku ke beban masa lalu ini lagi yang bukan satu tetapi dua orang sekaligus?? Kenapa dua orang ni yang aku harus jumpa di tempat yang sama, pada waktu yang sama? Ugh!


Kali ni muka aku berubah bila ternampak si dia yang bersama isteri dan dua orang anaknya yang masih kecil. Dia pun kelihatan terkejut waktu matanya terpandang aku. Canggung, kekok, sedih, rindu.. semua ada. Tapi masa tak boleh diundur. Aku tahu. Aku dah lama akur. Dia tak endahkan aku dan kembali melayani isteri dan anak-anaknya.


Tiba-tiba, ada notifikasi di Instagram aku, dari si dia yang duduk menghadap aku dari meja di tepi cermin kafe tadi.

"Semua okay? Kenapa nampak pucat tiba-tiba?"


Jantung aku berdebar laju. Masa ni la kau pun nak join sekali! Ish. Aku tenang dan reply,

"Apparently I just see the ghost from my past. With his wife and kids."


Notifikasi masuk lagi.

"Move on already, right?"


Eh dia ni. Kisah pulak kalau aku move on ke tidak. Aku malas nak cakap banyak, aku cuma cakap

"Sort of."


Dia tanya lagi,

"Kenapa? Rindu balik?"


Aku balas,

"Suddenly in my head keluar lagu sedih Justin Bieber."


Dia kembali membalas dm aku,

"That that should be you?"


Aarghhh aku stress!


...bersambung

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.