Sebelum Sarana Jiwa di Langit Senja Kopi

Hai, blog.


I was very moved by something last week. Perkara ini mungkin perlu saya catatkan di jurnal harian aku bahawa jodoh bukan hanya tentang manusia, malah ia juga tentang tempat, waktu, dan rezeki.


Aku berkesempatan bertemu kawan-kawan minggu lalu. Kawan-kawan yang kali terakhir jumpa entah tahun bila. Mosyuki Borhan dan Petak Daud. Dua nama yang sama-sama naik bersama aku dalam penulisan dan persembahan sajak lebih kurang 15 tahun yang lalu. Bezanya, mereka masih lagi aktif bersajak dan berpentas hingga sekarang. Manakala aku pula.. ya, begitulah. 


Anyway, berbalik kepada cerita jodoh tadi, aku jadi goosebump sedikit. Ceyy drama. Kami bertemu di Langit Senja Kopi -- sebuah kafe milik Aqilla Latif di Armenian Street, Georgetown kerana Syuk dan Petak akan mengadakan persembahan pada malam itu. Mereka datang bersama seorang lagi kawan yang baru saya kenal iaitu Aus dari band Aus_et_al. 


Apa yang membuatkan aku sebut jodoh ini tentang banyak hal, sebenarnya macam ni.. Aku pernah ke Langit Senja Kopi sebelum ni. Tapi hari aku datang tu, kafe tu tutup. Aku pernah ingin berjumpa dengan kawan aku yang lain di LSK juga, tapi kami sama-sama sibuk dan tak dapat memenuhi jadual kami dengan pertemuan tersebut. Apabila Mosyuki memberitahu bahawa dia akan ke LSK untuk membuat persembahan, of course aku teruja.


Pertama, kerana hampir 4 tahun aku tak jumpa Syuk. Kedua, aku nak jumpa Petak Daud, adik aku yang sorang ni yang dah 13-14 tahun tak bertemu muka. Aku juga memberikan hadiah kepada Syuk untuk disampaikan kepada kawan-kawan Untuk Yang Telah Pergi yang aku sediakan sejak dari 2021. Bayangkan berapa lama terbiar.


Kerana itu, 21 Januari, Ahad petang, adalah jodoh kami semua. Parking, keadaan, cuaca, waktu -- semuanya bersetuju dengan pertemuan kami hari itu. Of course, paling supportive husband dan anak tercinta yang turut join sekaki. Sayang aku tak dapat berlama-lama sehingga bermulanya persembahan mereka malam itu. Apapun, aku bersyukur kerana persahabatan kami tak pernah terputus, dan aku dikelilingi ramai orang baik. Terima kasih kepada Qill juga selaku pemilik LSK. Aku pasti akan datang lagi nanti. 




0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.