Off Track.

Fuh. 


Sebulan juga tinggal blog. Sorry blog. I was a bit off track lately. Banyak benda kena handle since lepas raya. Situasi minda yang sekejap okay sekejap tidak makin mengeruhkan lagi keadaan. But yeah, kenapa nak kena fokus yang negatif, kan?


Dua minggu kebelakangan ni aku jarang baca buku. Sempat baca ebook saja dalam kereta sementara menunggu traffic light. Aku banyak urus kedai aku, kedai husband and we spend our time outdoor lebih banyak dari sebelum ni. Kami sama-sama penat mental, tapi dari sisi yang berlainan. Aku bersyukur kami ada untuk masing-masing.


Dulu aku pelik kenapa mudah sangat orang cakap yang dia ada depression, mental health tak okay and everything. Tapi bila kau kena sekali je, baru kau akan faham benda tu, walau tanpa penerangan yang jelas. Aku teringat lagi waktu aku risau kat anak aku yang lambat bercakap waktu tu. Makan minum tak rasa apa. Rutin jadi macam robot. Seminggu saja aku hilang 7 kg. Mujur aku ada kawan, seorang Occupational Therapist yang banyak bagi guide and semangat. Sekarang, sampai aku yang pening nak jawab soalan anak aku.


Dan aku tak nak rasa lagi benda tu -- merisaukan hal yang belum pasti lalu membunuh usaha-usaha baik yang patut dilakukan pada masa sekarang. Itu juga yang aku cakap to my husband after he kinda lost a bit lately after the passing of Ayah Su. I know. I've been there. It was never easy. Luka -- walau tak membaik sempurna, pasti akan tersembuhkan juga akhirnya.


Betapa rindu pada yang telah tiada ni adalah rindu yang paling menyakitkan, bukan? Haih. Too early to ruin my mascara. Anyways. semoga urusan-urusan baik kita semua dimudahkan Tuhan..


..dan kita kembali terselamatkan.


p/s : Oh. Selamat datang, Ogos.


0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.