Gadis Kretek (Netflix) 2023.

 Hai, blog.


Hari tu aku tonton Gadis Kretek di Netflix. Siri Netflix yang diangkat dari novel Ratih Kumala yang berjudul Gadis Kretek. Pemeran utama filem ini ialah Dian Sastrowardoyo dan Ario Bayu di samping Putri Marino dan juga Arya Saloka.


Pelakon-pelakon yang mantap lakonannya, dan aku selalu teruja bila tengok Dian Sastro dan Sha Ine Febriyanti dalam satu scene. #IdolaBersatu gitu. Dasiyah, lakonan Dian Sastro melanggar tradisi masyarakat pada waktu itu dengan menjadi peracik saus (flavor) yang hanya boleh dilakukan oleh lelaki. Gadis Kretek (Cigarette Girl) 2023 merupakan series dari Netflix yang mempunyai 5 episod.


Aku suka cinematography yang berlatarkan masyarakat 60an di kilang/syarikat rokok di Indonesia. Of course teruja dengan kecantikan baju kebaya Dasiyah. Kisah Dasiyah dan Raja (dibaca: Raya) is beautiful. Cara jelingan dan lirikan, apa lagi ketika sama-sama mengakui cinta mereka, keluar pulak lagu Frau masa tu. Fuh! Satu lagi lagu Surya Tenggelam masa scene Dian Sastro tau rokok dia kena copy tu.


Soundtrack memang dia pilih lagu-lagu zaman sekarang. I was hoping dia guna lagu-lagu Oslan Hussein ke. Sam Saimun ke..Tapi ada la sikit latar masa tu macam tontonan filem 3 Dara dalam cerita tu dan bunyi-bunyi muzik lama di beberapa scene. Bukan kata soundtrack tak best, best je. Cuma ada yang tak kena dengan scene. Antaranya lagu Runtuh. Lagu tu macam lagu sedih. Tapi scene waktu hati Dasiyah dengan Raja berbunga-bunga. Hmm.


Lagu macam Sang Penikam, Kereta Ini Melaju Terlalu Cepat, Kau Rumahku semua tu okay je. Cuma tu ah tu. At least letak banyak sikit lagu Nonaria? Idk. (Btw cerita Indonesia lately banyak betul eh suka letak lagu Sang Penikam. (filem Kafir, Midnight Show, Gadis Kretek) but I like. Congrats, Noh. Hehe.


Pasangan pengarah yang juga suami isteri, Kamila Andini dan Ifa Isfanyah menggarap dengan baik siri ini dengan plot flashback yang tersusun kemas, cinematography yang cantik. (scene last kiss Dasiyah dan Raja jumpa kat stesen kereta api tu cantik gila!) 


Kerana siri ini, katanya Dian Sastro dinasihatkan oleh pengarah supaya untuk tidak bergaul dengan kawan-kawan, atau bersukan atau buat benda yang fun-fun selama almost 6 bulan ke setahun semata-mata untuk menjiwai karakter Dasiyah. Kiranya kena ambik feel introvert plus garang plus kaku tu. Dan ternyata berhasil, Jeng Yah. Finally Cinta dah tak overshadow you!(Dalam 24/7 pun tapi dalam Gadis Kretek lebih dapat)


Dan, semua pelakon saling melengkapi, sederhana namun sempurna. Aku bagi 7/10 untuk Gadis Kretek (2023) di Netflix ni. 


Lepas ni aku nak baca ebook dia pulak. Dah ada dalam simpanan. Tak sabar! By the way, series ni slow burn. Just enjoy the ride. 



"Kita semua punya titik terendah. 

Kalau orang menyebutnya luka, saya menyebutnya pelajaran."

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.