Hidup Bukan Pertandingan.

Hai, blog.

Dalam dunia ini banyak benda yang kita tak perlu risau. Lagi-lagi jika hal tersebut merupakan hal yang remeh. Sesetengah orang memutuskan untuk bersaing secara rahsia, malangnya masih tidak memenangi apa-apa. Seringkali saya terfikir tentang kenapa, namun Tuhan selalu menemukan aku kepada kebahagiaan-kebahagiaan yang lain. 


Kata seseorang, antara sebabnya kerana aku menjadi idola mereka. Haha! Apalah yang nak diidolakan aku ini. Hari-hari aku dengan keluarga kecil aku, lagu-lagu dan buku-buku. Aku tiada ibu ayah yang masih boleh bermain dengan cucu mereka. Aku tiada masakan mak yang sentiasa menanti di atas meja. Aku tiada kawan-kawan yang sering berjumpa setiap masa. Aku sunyi, tapi aku suka kesunyian tu. Walau adakalanya kita memerlukan lingkungan lain, tapi kata seorang teman, nikmatilah sunyimu, nanti mati juga begitu. Dasar orang sufi nasihat teman yang satu ini. 


Tidak aku nafikan, aku kecewa dengan tindakan aktiviti aku ditiru itu. Namun, siapalah aku untuk menghalang orang lain yang cuba mencari bahagianya kembali di tempat itu. Aku cuba mengikhlaskan saja. Sekurang-kurangnya, aku mungkin membawa hal baik. Perihal membaca buku misalya. Sebelum ini, aku tak lihat di mana-mana social media mereka, entri/post (secara konsisten) tentang buku yang telah dibaca. Namun sekarang, di mana-mana. Aku kembali turun ke pesta-pesta, mereka juga turut serta mengikut aktiviti-aktiviti yang sebegitu. Mungkin benar kata seseorang itu, aku adalah idola mereka. 😅

 
Dulu di satu platform social media juga begitu. Namun, pengakuan tinggal pengakuan. Kali ini juga sama. Aku tidak akan bertanya lagi. Aku dah tahu permainannya. People know what they do. Mungkin benar, kita perlu merahsiakan sesetengah perkara. Tapi sekarang zaman social media. Gambar teh tarik pun kita beria. 


Tak mengapalah. Aku rela. Tapi aku yakin, takkan ada bahagia jika kita asyik menginginkan apa yang orang lain ada. Okay, aku pun ada, lebih baik dari kau.. okay, lepas tu apa? Kan? Hargai hidup dan cari cara sendiri. Lebih mudah dan tak perlu membuang masa mengintai cara orang lain. To me, terinspirasi is just a euphemism. 


Hakikat sebenar, orang tak ada kaitan pun boleh nampak.







0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.