Hari Yang Paling Malang Lagi Ke? (IV)

Elham bukanlah nama yang asing bagiku. Aku mengenalinya sewaktu di zaman universiti dulu. Pertemuan kami terjadi kerana kami sama-sama temankan kawan kami blind date. Aku bukanlah orang yang pandai mencari pasangan atau berniat mencari teman lelaki pada waktu itu. Tapi waktu aku terpandang Elham, he's kinda my type. But of course, me being me, siapalah aku. Dan dia pula.. haih. Tuhan sajalah yang tahu betapa sombong dan perasan eloknya beliau! Lelaki ni kalau dia hot tapi dia tak tahu dia hot, dia memang hot. Tapi kalau dia tahu dia hot, mulalah semua orang dia akan pandang sebelah mata. Termasuklah aku. Dan aku dah terbiasa dengan lelaki yang macam ni. I won't fight but flight.


Waktu Lin dan Andy mula melangkah berjalan-jalan di taman tasik tu, aku dan Elhamlah yang paling awkward di situ. Aku masih membatu di kerusi di bawah pokok, kurang tahu memulakan perbualan dengan orang yang di depan mata aku sekarang. Tiba-tiba, Elham membelek telefon bimbitnya dan beransur pergi meninggalkan aku di situ. Satu hal yang cukup biasa bagi aku kalau aku jadi peneman Lin bertemu teman baru.


Sebab tu aku dah ready bawa buku dalam beg. Masa tak terbuang, ilmu pun dapat. Dengan suasana taman tasik petang tu, ditemani buku Bukowski. Baru lima minit aku baca, ada suara yang menegur,

"Betul ke apa yang Bukowski cakap tu?"

Terperanjat aku! Elham dengan tiba-tiba duduk di sebelah.

"Tengok jap."

Mungkin kerana berkongsi minat yang sama tentang buku, puisi dan Bukowski, that day is a history for us. Lin dan Andy pun pelik macam mana aku dan Elham boleh vibe. Sehinggalah pertemuan-pertemuan kami selepas itu tidak lagi dibayangi Lin dan Andy, tetapi hanya kami. Kami lebih sering bersama, ke acara puisi dan lagu, ke acara-acara buku. Pernah sekali perbualan kami hampir sejam di kedai mamak hanya tentang puisi Bukowski yang bertajuk Alone with Everybody dalam bukunya, Love Is A Dog From Hell.


Aku selesa dengan Elham. Dia juga sama. Tapi kami tak pernah meletakkan nama pada hubungan kami. Aku takut rasa aku salah. Dia mungkin takut aku bukan orang yang tepat. Atau mungkin dia tak ada rasa langsung pada aku. Aku tak tahu. But again, me being me, masih dengan "siapalah aku". Sampailah aku dengan sedikit berani, mula memberi hints, setidaknya dalam perbualan dan pertemuan kami. Tapi mungkin dia tak faham kot. Atau faham tapi tak nak dan tak tahu nak reject macam mana, dan aku pun back up a little bit. Kawan macam biasa. Malu, tapi aku dah biasa, so aku buat tak tahu je.


Sehinggalah satu hari, Lin memberitahu aku yang dia dan Andy bertemu Elham bersama seorang perempuan. Aku cuba bertenang dan be cool about it since aku dan Elham pun tak ada apa-apa hubungan yang rasmi. Cuma aku cuba menjauhi dan hubungan kami sedikit renggang sampailah aku grad dan kerja. Mungkin apa yang kami kongsi dan lalui hanya sebuah fasa bagi dia. Atau aku yang banyak sangat berangan.


Aku ingat angan-angan aku dah habis. Dah punah. Tapi waktu aku bertemu dia di kafe siang tadi, tipulah kalau it didnt spark back a little. Tapi sedar diri punya pasal, aku terpaksa berlakon yang aku annoyed dengan dia. Tapi waktu sekarang, jam dah hampir 1230 malam, aku terpaksa jadi muka tak malu. Aku tengok sekali lagi DM di Instagram. Seen 40 minutes ago. Okaylah. Aku tahu tempat aku di mana. Tanpa sedar, aku menangis. Entah kerana takut kena tinggal seorang diri di sini atau kecewa dengan diri sendiri yang mengharap tak tentu pasal. Memang dari dulu, bukan aku di mata dia..


 


Tiba-tiba ada suara yang menegurku.
"Aku dah datang ni. Tak payahlah menangis."


Aku terkejut dan melihat ke arah suara itu. Elham! Malam tu, tangisan aku makin menjadi. Bezanya kali ini ada lengan yang menenangkanku.








0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.