Marhaban, ya Ramadan!

Hai, blog. 


Pejam celik, kita dah nak masuk bulan Ramadan. Bulan yang penuh berkat. Aku tak berharap banyak. Cuma diri sendiri yang lebih baik, amal ibadat yang makin bertambah (dan berterusan) dan ketenangan hati yang berpanjangan.


Diet? Macam tidak je. Tapi kalau buat runcit-runcit pun okay kot. Hilang 5 kilo boleh tak? Haha! Semoga hubungan keluarga, sanak-saudara, kawan-kawan, semua membaik, bahagia dan sihat sentiasa.


Ramadan tak pernah sama sejak abah berumah di tanah 16 tahun lalu. Mak dah tak buat kuih raya waktu tu sebab selalunya abah yang teman sampai lewat malam. Namun, sekarang mak dah ikut teman abah 6 tahun sudah. Sejak itu, ketuhar rumah kami tak pernah lagi membakar apa-apa kecuali kenangan.


Kadang, kita tak ke mana kerana terkenang cerita lama. Tapi, cerita masa lalu adalah cerita yang selalu setia mengikut kita. Membina siapa kita pada hari ini sama ada kenangan mahupun pengajaran. Yang hilang, yang datang, yang pergi, yang berganti -- semuanya untuk kita ingati dan kenangkan kembali. Biar sering berdulu-dulu, namun semangat perlu tetap sentiasa baru.


Semoga Allah memberkati Ramadan kita semua kali ini. 
Selamat berpuasa, semuanya!



0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.