Ultah.


Hari ini, di tigapuluh tahun yang lalu, seorang ibu bermati-matian berperang dengan jerih dan sakit, di waktu pagi masih di dalam segelap-gelapnya, demi melahirkan seorang bayi.


Betapa dunia berputar laju dalam sedar dan tidak.


Aku tidak ingin mengingatkan sesiapa. Telah lama kuakui bahawa harapan tidak lain dan tidak bukan hanyalah sebuah kesia-siaan.


Di sebalik beribu nama yang datang dan pergi, mereka yang tinggal pun belum tentu mengetahui rahsia-rahsiamu. Tetapi, waktu bukan hanya dimilikkan kepada cuma satu orang.


Sengaja aku khabarkan beberapa hal yang aku mahukan. Tetapi usaha kita terhadap sesuatu juga adalanya tak tersampaikan, apa lagi bergantung harap pada orang lain untuk menyelesaikannya. Aku cukup tahu itu.


Tidak banyak, semoga yang ada akan kekal ada. Umur bukanlah pengukur berapa besar pengalaman hidup dan kematangan cara fikir. Tetapi, di atas setiap usahaku, semoga Tuhan mengurniakan waras yang lebih cerdas, kesihatan yang lebih baik dan hal-hal yang lebih membahagiakan aku dan sekelilingku.


Sudahlah, itu saja. Cukup.