Subhanallah. Dah lama rasanya tak menulis di sini. Maklumlah, raya. Memenuhi jemputan dan mengeratkan silaturrahim sesama keluarga dan kawan-kawan. Alhamdulillah a bless raya from me, dan harapnya untuk semua orang pun macam tu jugak.
Takde apa nak cakap pun kat sini. Saja nak recap pasal raya hari tu je. Aku mulakan dengan dua hari sebelum raya. Since semua orang takut kisah tahun lalu berulang, iaitu tiba-tiba raya, Khamis tu pasar macam nak pecah sebab ramai gila manusia. Aku sampai pasar pukul 730 pagi, parking dah full. Yih.
Lepas battle parking, kena battle beratur beli ayam dengan santan. Dua benda utama ni kena cari dulu. Takde yang ni, gelitalah raya aku.
Bila turn aku nak ambik ayam pulak, abang tu lupa buat order aku. Sebagai regular customer kedai dia since zaman arwah mak aku lagi, aku murka! Tapi since innisoim, sis okay je. Selamat abang ayam tu terus siapkan dua ekor setengah ayam yang aku pesan. Mantap bang! Lepas settle dua tu barulah beli lengkuas, halia, kerisik, dan bahan-bahan merendang kita.
Esoknya kakak aku datang potong-potong ayam dan aku pun start la buat rendang ayam terpaling power di dunia itu. Nyot nyet nyot nyet, pum pang pum pang, thiapppp!
Maka, Sabtu pun raya. Selamat hari raya, semua! Kami team raya dark purple tahun ni. Hihi.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.