Sunyi.

Hai, blog.

Kau tahu, — Okay, tak. Kau tak tahu. Aku baru nak cerita. Sekarang 4:32 pagi. Aku terjaga dari tidur dan tak boleh lena balik. Semalam ke semalam sekali lagi, aku terfikir satu benda, lepas tu aku jadi sedih sorang-sorang. Menangis jugaklah sikit.

Aku sebenarnya tak ramai kawan yang aku jumpa on daily basis. Kawan-kawan aku mostly dalam internet. Aku takde lepak siang malam or weekend dengan kawan-kawan. Tempat kerja pun staff lima orang dan hanya sebatas teman sekerja. Plus diorang bukan dari komuniti melayu (yang aku mudah nak lepak ajak makan sama ke apa).

Aku macam tersedar yang nobody is really checking on me. Aku tak minta pun tapi macam sedar memang takde. Takde yang tegur kat dm/komen/whatsapp tanya khabar. Takde kerisauan yang tiba-tiba, sekadar teringat walaupun mungkin awkward kalau tanya, tapi memang tak ada.

So aku baru rasa yang sunyinya hidup aku. Life memang itu-itu je, tapi itu je?? 😂 Mungkin aku bukan kawan yang baik. Mungkin aku jenis jarang berbagi. Pernah kawan aku tanya kawan yang lain waktu aku saja bagi token of appreciation, “Para dah nak mati ke?” Haha! Aku jarang bagi barang/hadiah kat orang, so aku bukan kawan yang baik kot eh?

Atau aku jarang jadi telinga untuk masalah kawan-kawan? Dalam setahun tu belum tentu lepak dengan kawan-kawan. Aku ke yang takde masa? Aku selalu bagi alasan ke kat orang? Aku memang tak nak jumpa kawan-kawan yang datang Penang ke? Kawan-kawan datang Penang wajib jumpa aku ke?


Dulu aku selalu tegur “mai Penang tak habaq”. Lama lepas tu, aku dah malas. Kalau orang nak datang dan ingat kita, mesti orang panggil or cari. Dulu macam terasa, tapi lama-lama aku biar je sebab yelah, orang pun ada hal masing-masing. Bukan nak hadap aku sorang je.


Sebab tu kot makin lama aku makin rasa yang aku takde kawan sebab jarang sangat bertemu muka. Mungkin orang ingat kalau aku selalu update social media aku, aku dikira ada life. Mungkin kalau aku tak post benda-benda sedih, aku dikira bahagia dan tak perlu ditanya khabar aku.


Aku menangis semalam tu bila terfikir benda ni. Sama ada aku yang tak pandai berkawan atau aku yang tak do enough untuk kawan-kawan aku untuk diorang rasa yang aku ni kawan diorang. Maaflah sebab love language aku bukan jenis lovey dovey, kasi gift, kasi itu ini. Tapi aku sayang kawan-kawan aku.


Cuma bila dah biasa macam ni, ada masalah pun takde kawan kita nak sembang, or at least to sort things out. Husband and family is another thing. Sometimes kita tetap perlukan kawan. 


Tapi aku ni siapa je. Sedihlah. :(





0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.