Mungkin Saja Chairil Benar.

Hai, blog.

Baru ni aku dengar satu lagu. Lagu yang kebetulan je keluar di Spotify aku sebab aku tengah drive masa tu. Dan macam biasa, sebagai seorang yang suka lirik yang sedap, tak kisah deep ke tak, I was moved by the lyrics of the song, especially the chorus part.


So if I fly too far
Will I still have a place inside your heart?
When you see what I've become
Will you love me for who I am, not who I was?


Aku ni orang biasa. Takde pencapaian beria pun. Hidup pun itu-itu saja. Kadang aku terfikir, orang sekeliling bangga tak ada orang macam aku dalam hidup diorang. As a wife, a mother, a writer, a sister, a daughter, a friend. Belum masuk sebagai menantu, anak saudara, sepupu, cucu..


Lirik ni sangat terkesan untuk aku, lagi-lagi untuk orang-orang yang boleh tengok dan nampak aku, serta apa yang aku buat. Yang pernah kenal aku dulu macam mana, yang masih ingat aku sekarang macam dulu atau tak.. What if memang betul kalau aku dah terbang terlalu jauh bagi orang lain?


So if I fly too far dalam lirik ni tak semestinya memberi maksud yang kehidupan dia tu bagus. Boleh jadi too far tu berkonotasi negatif. Mungkin terlalu jauh kerana rasa kurang layak, atau terpinggir kerana selalu rasa tidak diajak. 


When you see what I've become.. Kalau kita jumpa kawan kita kerja bagus, ada jawatan, kaya-raya, macam mana penerimaan kita berbanding kalau kita ternampak kawan kita jadi gelandangan atau terabai di mana-mana. Adakah kita masih ambil berat kerana siapa dia sekarang atau kerana siapa dia dahulu?


I was so moved by the lyrics sampai aku terfikir, bila aku mati nanti ada tak yang akan doakan aku, datang ziarah kubur aku. 


Then aku menangis sorang-sorang sampai rabak mata malam tu.



0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.