Apa Yang Menghidupkan Aku Setelah Aku Memilih Untuk Membaca Buku?

Hai, blog.


Tadi di Facebook, aku ada terjumpa satu post pasal raya nanti akan ada parents yang tetiba cakap English dengan anak. Gelak je la aku tengok.



Kau kalau dah lama main social media, kau akan tahu post-post macam tu adalah post-post yang mengundang kebencian, kemarahan orang yang terasa, kutukan dari orang yang sekapal, dan ulasan-ulasan woke dari orang yang jenis berdamai dengan pilihan.


Aku rasa sejak aku channel my thoughts and life ke buku, aku dah tak ada masa untuk peduli benda-benda macam tu. Aku tak berapa kisah gosip artis itu artis ini. Aku dah tak ambik port hal-hal viral yang tak memberi manfaat. Aku skrol, terbaca, ya baca. Lepas tu habis.


Paling aku seronok, aku dah tak habiskan masa aku untuk memberi pendapat aku tentang hal orang lain. Dulu masa aku aktif di X, aku hairan mana kawan-kawan aku yang dulu aktif 24jam di aplikasi tersebut. Well, mungkin life drift them apart. Aku pernah tanya, everyday ke aku kena layan X ni tanpa improvekan diri aku. Memang aku pernah tanya benda tu. Tanya ke siapa tu tak tahulah. Bermonolog mungkin.



Tiba-tiba rasa nak baca buku. Habis baca nak baca lagi. Sampai jadi reviewer. Sampai orang bayar untuk review buku. Rupanya ini jalan aku.



Aku tak kata aku bagus dengan membaca buku. Bukan juga aku makin berilmu bila baca buku. Tapi aku dah tak tengok apa yang tak perlu dan otak aku tak semak sangat dengan benda-benda yang tak perlu aku fikir. Antaranya, of course, hal-hal masa lalu. Kenapa kau dengan kawan yang pernah baik dengan kau tu tak lagi baik sekarang, kenapa dia boleh pilih orang lain, kenapa kawan kau jumpa tak ajak, kenapa dia kahwin tak jemput.. Benda-benda macam tu la. Semak ye benda tu. Yih.


Cumanyaaaaa...



Bila kau dah into the book, double tap kat IG pun semua gambar buku je, nak tak nak kau akan miss out few things juga. Isu-isu semasa yang penting ke, berita kematian kawan di socmed ke..masa leisure kau nak tengok TikTok or Youtube ke, Netflix ke, semua dah slow down.Yang penting, apa yang memerlukan attention aku, yang itu aku kena buat dulu sebelum membaca. Contoh macam iron baju sekolah anak ke, anak nak makan ke apa ke. Macam tu la. B
iasalah tu. You win some, you lose some



Dan aku tak kisah sangat apa yang aku lose tu sebab aku puas hati dengan my wins. Tiber. 

Jom baca buku? Till next time.




P/S: My current read is All The Other Mothers Hate Me by Sarah Harman.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.