Belasungkawa : Pyanhabib (27 Mei 1958 - 4 Jun 2024)

Hai, blog.


Tak mudah untuk kita terima apalagi melupakan orang yang sentiasa buat kita semua gembira. A strong jovial figure yang akan sentiasa diingati semua.



Semalam lebih kurang jam 9:51 malam, waktu aku baru baring nak baca buku, ada satu notifikasi masuk di Whatsapp dari Mosyuki Borhan di group kami bertulis "Pyanhabib meninggal".


Terkejut, terkesima, ternganga. Aku cuma mampu reply "Allahuakbar". Selebihnya aku banyak termenung. Aku cari buku-buku beliau yang aku ada untuk tengok pesan apa yang pernah dia kirimkan pada tanda tangan. Aku cari semua perbualan di mesej, di Facebook, di semua.


Betapa waktu takkan pernah terulang walau sesaat.


Aku masih tak percaya dengan berita tu. Aku termenung semalaman sampai husband tegur okay tak. Terlalu banyak kebaikan Pyanhabib dengan semua orang. Aku antara budak yang di tahun 2009-2010, selalu turun ke event-event buku. Entah macam mana Pyanhabib add di Facebook, dm kenal-kenal, jumpa di event, dan selalu lepak di mamak. Ini baru mamak Annexe. Belum cerita mamak NZ lagi. (ada lagi ke sekarang?)



Pyanhabib (dan Kak Zurina) merupakan manusia yang tak pernah lokek menerima orang baru sebagai kenalan. Kedekatan kami membuatkan kami selalu spend time bersama, (macam orang lain yang mengenali mereka). Kebetulan rumah abang Pyan tak jauh dari UIA Gombak. Kadang mereka ambil dan hantar, kadang jumpa di LRT.



Pernah satu hari ke event band Keladak di Kelana Jaya, Aizat Tarmizi ucap terima kasih sebab bawa Pyanhabib. Padahal abang Pyan yang bawa dan yang nak ikut ke situ. Haha! Masa tu aku pelik sebab aku tak kenal betul siapa Pyanhabib. Rupanya lagenda yang duduk semeja!




Terima kasih abang Pyan sebab sudi tulis prakata untuk buku puisi pertama Para, Rupa Pura Pura. Mana ada legend yang sudi tulis prakata untuk karya pertama seorang budak hingusan. Kau je, bang.



(Thanks abang Pyan ambilkan gambar Para yang ni.)


Kenangan dengan Abang Pyan tak pernah Para lupa. Pernah sekali abang Pyan ajak makan kat food court atas Central Market tu, aku macam nak pi mana ni, tak pernah tahu pun. Tapi abang Pyan silap jalan, then ada seorang pakcik berkopiah tegur, "Pi makan kat sana. Lu orang lama pun tak tau ka?" Haha! Haih. Kenangan. Abang Pyan snap juga gambar ni.




    (Begitu stylo tudung saya. Abang Pyan snap gambar ni.)



(Gambar ni pun.)


Ramai orang tag sebab tahu aku pernah baik dan lepak sama dengan Pyanhabib. Even pakteh aku pun mesej kat group cakap "Para, idola dah takdak..". Sedih kan? Pyanhabib bukanlah nama yang asing bagi peminat seni tempatan, malah watak Osman Tikus dalam filem Kembara Seniman Jalanan membuatkan orang lebih mengenali pemilik nama Pyanhabib ini atau nama sebenarnya Mohd Supyan Abdul Rahman. 





Kenangan buat tshirt dengan Abang Pyan takkan terlupakan. Terima kasih ajak. Kerana abang Pyan la jadi boleh lepak Studio Anai-anai dan Rumah Pena lama-lama. Hehe.




(Belakang tu lukisan Abdullah Jones.)







Selamat berangkat ke negeri abadi, Pyanhabib Rahman. Semoga Allah menerima amal ibadatmu, mengampuni dosa-dosamu dan menempatkanmu di kalangan orang yang beriman. Aamin. 






0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.