Review buku Gadis Kretek oleh Ratih Kumala.


Saya seperti ada love hate feeling dengan buku Gadis Kretek ni. Saya membaca buku ni setelah selesai tonton siri Netflix. Saya tiada masalah dalam membezakan visual dari siri Netflix dan juga imaginasi pembacaan.


Tetapi buku Gadis Kretek ini boleh dikatakan lain dari apa yang dibentang di layar kaca. Malah, bagi saya Gadis Kretek (Netflix) lebih dapat emosi dan perasaannya.


Saya tidak (atau belum) membaca buku-buku Ratih Kumala yang lain, tetapi bagi saya penceritaan dalam buku Gadis Kretek ini kurang memperincikan suasana, emosi dan keadaan, apalagi sejarah kretek di Indonesia sendiri. Namun, penulis menggunakan bahasa yang mudah difahami, (ada bahasa Jawa tapi masih ada reference di nota kaki)


Peristiwa-peristiwa di buku seperti kisah percintaan Idrus Moeria dan Roemaisa (ayah dan ibu Dasiyah), pertemuan Dasiyah dan Soeraja, siapa yang mengambil Soeraja bekerja dengan Idrus Moeria, perseteruan Idrus dan Seodjagad dan juga pertemuan Lebas dan Arum Cengkeh, antara olahan yang berbeza yang dapat kita tonton ketika diangkat ke Netflix.


Bagi saya penulis agak terkejar-kejar dalam pembikinan jalan cerita, dan ada babak yang bagi saya kurang berkaitan juga dimasukkan ke dalam penceritaan. Namun perkara tersebut mungkin dapat mempelbagaikan kisah dan tidak hanya tertumpu pada kretek sahaja.


Buku ini merupakan bacaan yang ringan, santai namun kurang memenuhi ekspektasi saya. Tiga bintang untuk buku Gadis Kretek.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.