Hai, blog.
Minggu lepas, aku ada sebut sesuatu di Threads private account aku. Aku cakap, "moga semua kawan-kawan dikurniakan kesihatan yang baik dan berjaya di jalur masing-masing." It was random yet a tulus one from me.
Then, malam tu aku pergi ke kedai buku, husbae belanja dua buku yang aku nak. Okaylah, nyot nyet nyot nyet, up igstory, dah nak tidur, member tegur kat DM di Instagram -- konsisten betul kau baca buku sekarang. Aku cuma balas, "takde life, gini la.."
So kami sembang update hal masing-masing, dia dengan event dia, aku dengan buku aku dan cerita aku untuk beli e-reader. Tiba-tiba, Tuhan gerakkan hati kawan aku ni kot, dia kata birthday kau bila, sini aku belikan.
Pertama, sampai hati minah ni lupa birthday aku. Kedua, dia gila ke nak belikan benda yang mahal ni untuk aku? Ye, memang aku cakap "kau gila ke?" Dia jawab, "biasa-biasa je bagi aku." Okay, orang kaya. Rileks. Haha!
Sedikit ke belakang, ceritanya, aku dah lama add to cart e-reader yang aku nak di Shopee. Asal aku nak check out je, banyak betul aku fikir. Nak beli yang ni ke, ipad? Kewangan okay ke nanti? Kalau buat SPayLater boleh bayar ke? Itu ini. Banyak kali, mesti tak check out. Waktu tu memang aku add to cart Kindle.
Aku ada add to cart yang second hand juga sebab niat aku nak beli cash pulak. Tapi elok dah cukup duit, habis pulak stok yang second hand tu. Aku pun pasrah je la kalau gitu ceritanya. Then aku google lagi tengok perbandingan Kindle dengan e-reader lain. Aku tertarik dengan Onyx Boox Poke 5. Aku congak lagi, kalau beli Kindle, beli buku semua di Amazon sahaja. Dan download dan transfer yang melecehkan. Tapi kalau Boox, boleh baca di aplikasi Kindle, Google Play, Cereka app, even dari National Library. It's basically a tablet with 300ppi e-ink, sama level dengan latest Kindle.
Masalahnya ialah, bila tengok harga, lagi mahal pulak dari Kindle tu. Hahah! Dan kawan aku yang gila ni sudi belikan ye. Aku cakap dia penat, tak cukup tidur so tak payahlah gila sekali. Lahhh dia insists suruh kasi link. Kita kalau dah cakap tapi orang tak faham, kita suruh je orang tu buat ikut suka dia kan? HAHAHA! Maka begitulah. Dia kata "aku ni ingat banyak jugak benda baik yang kau buat walaupun ada je benda bongok".
Cis. Tapi tu la. Benda baik apa yang aku buat?
Cumanya last tu kawan aku tu ada cakap, dia dapat projek 300k, so biar la dia beli barang mahal supaya kurang kena tax. Jarang aku dengar orang buat orang lain as pelepas cukai, selalunya pelepas nafsu je. Haha!
Begitulah cerita tak penting e-reader aku pada hari ini. Ada hikmah rupanya tak mampu check out, rupanya sebab orang nak kasi free. Kawan aku tu cuma minta doakan dia dapat lagi banyak projek je. Aku pun "aaminnn.. lepas ni aku mintak rumah pulak, boleh?"
Member nak kasi, weh! Tapi yang LEGO punya je la. HAHAHAHA!
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.