Serpihan Ingatan.

"Bila dua hidup dah sebati, tak semudah itu untuk dileraikan"


Hai, blog.

Banyak yang benar dalam kata-kata Beto dalam filem Istanbul Aku Datang ni. Bila kita dah kenal orang tu lama, kongsi banyak hal, baik suka mahupun duka, kita senang memaafkan apa saja kesalahan, mudah untuk tidak memanjangkan perbalahan.


Tapi macam mana pulak dengan orang yang dulunya sangat rapat dengan kita, tiba-tiba takdir mengubah haluan dan jalan cerita masing-masing, dan tak pernah lagi bertegur sapa? Tapi bukan sebab bergaduh. Things just.. fade away.


Tiap kali raya, aku selalu pegang pada satu hal, biarlah aku jadi orang yang mengucapkan selamat hari raya dan meminta maaf dulu, kerana hari raya ni bagi aku ego akan terhapus, yang ada hanyalah ketawa dan bahagia.


Tapi apakan daya. Kita manusia. Kita nak juga orang ingat kita dulu. Kita nak juga orang tanya khabar kita dulu. Kadang, rasa macam kita pulak yang beria tiap-tiap tahun. Orang tu langsung tak ingat kita. Bila dah selalu sangat macam tu, ego kita pun dah tak ada. Yang tinggal hanyalah tawar.


Sedih, sebab takkanlah lepas jumpa hidup baru, yang dulu-dulu baik tu tak diingat langsung. Kan? Tahun ni aku memilih untuk tidak memulakan dulu. Mungkin setidaknya mampu menyedarkan sesetengah orang yang mudah meleraikan hidup yang pernah sebati dengannya dulu.


Kalau tak jugak, aku kena sedar diri je la kot. Macam biasa. Macamlah tak biasa. :')




0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.