Review Buku : Sepotong Senja untuk Pacarku karya Seno Gumira Ajidarma.


Hai, blog!

Hari ni kita cerita sikit pasal buku ni. Saya dah lama beli buku ni, tapi tak habis baca sebab letak bawah drawer seat co pilot kereta. Memang tak jumpa la cerita dia. 😂 


Saya suka gaya Seno Gumira Ajidarma (SGA) mengembangkan idea dan penulisannya. Tapi ada juga yang sedikit meleret bagi saya. Kekuatan buku ini (dan penulisan SGA) adalah pada olahan kata dan ungkapan yang puitis, macam “lidah-lidah laut”. Beliau tak mengindahkan kata-kata, tetapi mungkin kata-kata menjadi indah kerana SGA yang menulisnya. 


SGA bijak mengemaskan cerita. Selain surat Sukab dan Alina, saya suka juga konsep senja yang terakhir  (seperti konsep brosur itu). Buku ini bukan novel, tetapi merupakan kumpulan cerpen, maka banyak cerita yang boleh dibaca dalam satu buku. 



Kalau anda pernah menonton pelancaran semula buku ini di youtube, ada sesi bacaan Abimana Aryasatya yang berperan menjadi Sukab dan Dian Sastrowardoyo sebagai Alina, mungkin sedikit sebanyak dapat menarik minat kepada sesiapa yang belum membaca buku ini lagi.



Bila baca SGA, saya teringat zine Kayangan karya arwah Amri Rohayat. Atau mungkin saya saja yang rasa. Buku ini saya beli di Gramedia mall Ratu Indah, waktu ke Makassar. Secara keseluruhannya, bagi saya buku ini merupakan light reading tapi selalu mempertanyakan kembali kepada kita pembaca tentang kegelisahan-kegelisahan dan persoalan-persoalan dalam hidup. Light reading tetapi deep thinking. Bak kata Dee Lestari, buku yang baik adalah buku yang menjawab persoalan dan kembali mempertanyakan jawapan. 



Semenjak ramai sekali yang menggunakan ayat Sukab ke Alina di dalam buku ni, SGA (dan publisher?) telah membuat a copy of surat Sukab, siap boleh isi nama kat tempat kosong tu untuk dihantar kepada siapa yang anda mahu. Cute and sweet, bukan?




Tapi kena potong senja dululah. 🤪 

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.