Hai blog.
Hari ni sebenarnya aku nak cerita pasal benda lain, tapi sebab aku belum recap hal best yang jadi di penghujung Ogos hari tu, so kita letak yang tu dululah.
It was July dan aku rasa aku dan husbae tak pernah beria sangat sambut anniversary. Takat beli kek, tiup lilin, atau makan di mana-mana. Konsep aku kekonon tiap tahun kita tetaplah dengan baju kelawar dan kain pelikat. Namun, tahun ni tahun kelima, kita (aku) rasa macam kami patut celebrate di hotel yang best, tak mahal, tak jauh. Beruntungnya aku berada di dalam negeri yang famous dengan pelancongan, maka we decided to stay di Bayview Feringgi. Bukan Bayview Georgetown ye awas.
So we secure a room on our anniversary date since it will be Friday. (Kalau tengah minggu aku pun fikir panjang) Haha! On the day itself, sebelum check in we went to a new cafe di Feringgi. Semua TikTok punya pasal. Nama cafe tu aku rahsiakan boleh tak? Tapi nice cantik dan best betul kena angin pantai sambil hirup fresh drink. Area situ semua kedai/kafe buat macam caravan style, and I bet sure area tu akan hidup gila sebab.. let the picture do the talking.
Walaupun segelas air RM 17 ( of course dia jual view and the coziness di kafe tu) we just enjoy the moment. Then I called the hotel receptionist, dia cakap bilik dah siap. Untung boleh check in awal. Sempatlah husbae aku ke masjid. Waktu check in kat receptionist tu, aku toleh belakang. Tengok husbae aku dah bersembang dengan someone. I'm like..aku yang orang Penang ni pun tak jumpa kawan aku, fine. Aku mati-mati ingat kawan kerja dia. Nohhhhh sekali member anak sedara kepada moksu husbae aku. Kelate mari. Sejauh-jauh alam, di sini juga kita berjumpa. Hahaha adoi. Moksu siap mesej "kalau moksu tahu, moksu kirim kepok". Hahaha jodoh sek kito.
Anyways, aku suka Bayview ni sebab dia ada swimming pool yang best untuk budak-budak main, garden view dan boleh keluar ke pantai. Tips: Kalau nak kolam best untuk anak-anak kat Feringgi ni pick Bayview Beach Resort atau Park Royal.
Sepanjang minggu sebelum Jumaat tu pagi petang hujan tak kira masa, amazingly on the day itself cuaca cantik dari pagi sampai malam. Nak nangis rasa. Terima kasih, Allah. InsyaAllah ada rezeki kita ke sini lagi. Harga pun semalam affordable. Kedai makan depan hotel je. Malam tu kami pergi Restoran Abah sebab cousin aku kata sedap. Restoran tu tepi sungai (tapi aku rasa macam parit besor je) Haha! Portion nasi goreng dia pun banyak. Aku order nasgor ikan masin, husbae nasgor paprik dan anak aku nasgor cina. Memang sedap.
Lepas makan aku ajak Kuyah crash the room sebab memang nak jumpa. Biasalah sembang macam-macam, throwback hal hidup, cerita hal future. Aku ambil bilik view bukit je tapi angin malam tu sedap gila sampai masing-masing nak terlelap kat balcony. Thanks Kuyahhh mai.
Dan kami decide next time nak duduk dua malam pulak sebab tak puas. Haha! Selain app nak book hotel tu, selalulah cek website dia jugak. Aku book kat website ada less 5% members only sekali breakfast. Kurang RM50 dari tengok kat booking app. Yang tu dahla takde breakfast, mahal lagi pulak. Rugi oo duduk hotel tak include breakfast. Pagi tu dah la hujan, ramai berpayung nak beli breakfast kat luar. Kami? Kenyang tersandor kat cafe. Alhamdulillah.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.