Makin kita melangkah ke alam dewasa, kita makin faham kenapa ada perkara yang tak mampu kita ucapkan dengan kata-kata, padahal kita rasa dan terfikir-fikir benda tu.
Thoughts unspoken.
Words unwritten.
Secrets untold.
Sebab kita dah penat memberitahu. Penat bercakap dan membetulkan hal-hal yang kita rasa perlu dibetulkan. Penat bertahan dalam hal-hal yang sepatutnya kita kongsikan. Penat menjadi yang tidak diraikan.
Lama-lama kita pun diam. Kita biar dan pendamkan semuanya.
Terkesan membaca More Days at the Morisaki Bookshop semalam membuatkan aku berdamai dengan sudah. Berdamai dengan diri sendiri. Mengakui bahawa waktu belum tentu mampu mengubah manusia, namun waktu juga akan melucutkan semua tanda tanya.
Kita duduklah. Diamlah. Fahamilah, jika tidak ada kerusi untuk kita di meja makan itu, mungkin kita adalah menunya.
"Time reveals everything. It uncovers truth and expose lies."
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.