Tambah Umur (Lagi)

Hai, blog. 

Keadaan kesihatan yang tak mengizinkan minggu lepas membuatkan saya memulakan 2024 dengan kurang lebih satu minggu di rumah dan tidak ke mana-mana. Semangat tahun baru jadi sedikit lemau bila nikmat kesihatan kita ditarik sedikit. Hari ini walau tidak seelok mana, tapi alhamdulillah, makin membaik walau selalu kepenatan, fatigue, mengah even waktu nak tidur.


Mungkin sebab tu juga aku sering marah-marah lately. Entah tentang apa atau kerana siapa. Yang jelas, orang sekeliling menjadi mangsa. I'm sorry. Mungkin lain kali aku perlu hadap dan diam saja. Entahlah.


Anyway, hari ini aku bertambah umur lagi. Syukur alhamdulillah. Terima kasih mak yang melahirkan. Semoga aku dan keluarga dimewahkan rezeki seluas langit-Mu, ya Allah. Aku nak Kindle on my birthday tapi tu la takde duit pun nak beli. Maka, berdamailah.


Hidup ini mudah. Yang banyak bunyi tu kita. Rezeki Allah tu luas. Yang sempit tu rasa syukur kita. Semoga aku mampu menjadi orang baik untuk semua orang dan tidak menzalimi diri sendiri.





0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.