Tuhan Mengajar Kami Tentang Pengorbanan Sekaligus Kehilangan.


Hai.

Aku masih lagi tak dapat proses apa yang berlaku last week. Benda yang sepatutnya jadi seronok berkumpul saudara-mara sebab nak beraya bersama, berubah sama sekali bila keluarga mentua aku kehilangan seorang ahli keluarga, yang merupakan bapa saudara kepada suami aku.


Aku kenal Ayah Su tak lama mana, tapi kalau aku perhatikan Ayah Su, gaya dia, sebijik sejibon macam arwah abah. Sejibik sejibon as in pemakaian, cara tenang and relax dia, jenis orang yang bersukan, even kebaikan dia dalam menolong Ma Abah kat rumah, sama macam arwah abah suka balik rumah Tokwan tengok apa yang dia boleh tolong mak sedara aku yang duduk rumah tu. Itu yang sejibik sejibon tu. 


Even aku pun boleh selambaa je bersembang dengan Ayah Su sebab dia macam abah. Tengok dia memang teringat abah. Kau bayangkan seluar tracksuit diorang pun jenis sama weh. Mana la aku tak teringat. It's a great loss for us. Aku tak tahu perasaan husband aku macam mana. Satu per satu Allah ambil orang yang rapat dengan dia. Haih. 


Two weeks before, Moksu update kesihatan Ayah Su di hospital. Daripada wearing oxygen mask, sampai ke kembali pakai the nasal one, aku dah a bit lega. Then dengar tak perlu oksigen. Okay good. Makan pun better. Then, tiba-tiba kena pakai oxygen mask semula. I legitly thought takpe kot, it's only a phase. 


Hari yang kami sampai di Kelantan, (Selasa), Ma cakap Ayah Su dah ditidurkan, atas persetujuan Ayah Su sendiri, tanpa pertanyaan kepada ahli keluarga yang lain. It hurts. Kami balik dah tak sempat jumpa as in bersembang dengan dia. Ma tak pernah miss pergi tengok Ayah Su kat hospital KB, hari-hari. Kami semua hanya dapat mendoakan kesembuhan beliau. 


Aku okay je, aku tahu Ayah Su power. Ayah Su boleh sembuh. Tapi bila aku tahu cara oksigen yang dipakaikan pada Ayah Su telah bertukar kepada jenis oksigen yang dimasukkan melalui mulut, aku dah speechless. Tak ada kata yang boleh aku ucap melainkan aku teringat waktu arwah mak di hospital dulu. That's the last method to help patient with their penafasan, and you cannot expect much.. 


Hari Raya Aidiladha, selepas Asar, sewaktu kami dalam perjalanan ke hospital, kami menerima panggilan, Ayah Su telah meninggalkan kami semua.. 


Hari tu berlalu pantas. Jenazah Ayah Su dikebumi malam tu juga. Hujan mengiringi pengebumian. Allah saja yang tahu semua rasa. Part cium jenazah ni memang the killing scene. It kills you atas bawah kiri kanan depan belakang sampai tinggal tak bersisa. Tumpat banjir dengan hujan sekaligus airmata kami.


How I wish we could know each other more, ye Ayah Su? Tapi takdir berkata lain. I'm sure family Ma akan tetap baik dengan Moksu & Amalin. Sampai kita jumpa lagi nanti. Rasa macam tak percaya. Rasa macam tak sempat buat apa-apa. Mungkin inilah erti sebenar pengorbanan di hari raya Aidiladha tahun ini untuk kami. Mengorbankan masa, tenaga, kegembiraan dan menghadapi kesedihan dan kehilangan bersama-sama. 


Semoga kami yang tinggal saling menguatkan tanpa melupakan semua yang telah pergi. Al-Fatihah, Aziz Bin Mahmood.


0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.