Hari Yang Paling Malang (II)

Aku membiarkan mesej tadi tidak berbalas. Aku cuba fokus ke laptop untuk menyiapkan kerja-kerja aku. Sesekali aku melirik ke arah si suatu pernah dan keluarganya. Sesekali aku menjeling ke arah sosok yang duduk di kiri kafe yang menghadapku itu. Haih. Kenapa aku? Kenapa hari ini?

Tiba-tiba handphoneku berbunyi. Ah, sudah! Ini masalah apa lagi ni. Aku angkat dan bercakap sambil mengerutkan dahi. Setelah selesai, aku meletakkan tangan menutup sebelah mukaku. Stress. Di sini macam ini, di pejabat macam itu. Takpe, aku tak nak pedulikan semua orang dan apa yang jadi. Aku harus buat apa yang aku harus buat iaitu submit kerja aku sebelum deadline.

Hampir 20 minit, tiba-tiba pelayan kafe datang dan memberikan aku sepotong kek keju. Aku terkejut sebab hari ni bukan birthday aku. Lagipun, aku bukanlah regular customer kafe ni untuk dia bagi any complimentary. Aku cakaplah yang aku tak order. Dia hanya membalas, "ada orang bagi, saya cuma hantarkan", diikuti dengan sebuah senyuman.

Wait.. what??

Aku menggagau handphone dan balas mesej yang aku biarkan tidak berjawab tadi.
"Kau kenapa nak kasi kasi kek ni? Aku okay je ni. Tak perlu kot kasi. Aku dietlah."

Sepantas cahaya, mesej aku dijawab dengan..
"Kek? Bukan aku yang kasi. Mungkin hantu masa lalu kau tu kot."

What?? Betul ke? Takkan kot. Dari tadi aku rasa dia sibuk suap anak dia makan dan layan family dia. Dan takkanlah depan wife dia, dia nak main hantar-hantar kek kat perempuan lain?

Mesej masuk lagi ke dalam handphone aku. Bila aku tengok nama pengirim, aku jeling si dia yang berada di kiri kafe yang menghadapku.

"Walaupun kau dapat kek dari laki orang, tapi jangan rosakkan rumah tangga orang lain. Hahaha!"

Aku membalas, "kau bila nak balik eh?"


Aduh. Apa benda la kasi kek ni. It's either memang si hantu ni yang bagi ataupun si setan yang kat kiri kafe ni yang kasi. Aku memanglah on diet, tapi kalau cheese cake ni rugilah tak makan, kan? Hmm. Nak makan ke tak eh? Macam segan pun ada. Nanti je lah.


Waktu aku sambung buat kerja, aku tengok si hantu masa lalu aku dah siap sedia nak balik dengan wife dan anak-anaknya. Well, at least lega sikit? Sempat mata kami bertembung sewaktu dia bangun. Shit betul. Aku takkan lemah dengan pandangan tu dan kek yang kau hantar ni, okay! Lagipun kau nak apa entah. Ish serabut betul fikir.


Kawan kepada si setan yang di kiri kafe pun dah lama balik. Dia je duduk lagi kat situ. Busy nengok saham kat ipad kot. Entahlah aku. Malas ambik port. Sedang aku kembali menghadap laptop dan menyambung semula kerja aku, tiba-tiba, aku terdengar suara yang tak pernah aku dengar sebelum ni..

"Hai! Kenapa tak makan kek yang I bagi ni? You tak suka cheese cake?"


Erkk!! Siapa dia ni??










0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.