Review Buku : Perjalanan Rasa oleh Fahd Pahdepie

Rasa macam baru semalam baca Jodoh kat hospital sambil teman arwah mak. Lepas Tak Sempurna, Hidup Berawal dari Mimpi, Jodoh, Rumah Tangga & Sehidup Sesurga, lama dah tak follow buku-buku Fahd Pahdepie.


Fahd Pahdepie sebelum ini menggunakan nama pena Fahd Djibran pada karya-karya awal beliau.Aku dah lama tak baca dia (dan buku Indo yang lain) sebab malas hunt dan titip pesan pada kawan-kawan yang ke Indonesia. Takut menyusahkan.


Tapi di suatu hari yang tenanglah juga, aku terjumpa ebook Perjalanan Rasa ni. Ternyata penyusunan kata-kata dan bait Fahd masih menggebu tenang yang sama.


Buku yang tepat waktu dengan keadaan fikiran yang serabut dan bercelaru, mengajak kita bertanya kembali kepada hati; syukur yang mana yang belum kita panjatkan dalam episod kehidupan. 


Aku tak tahu (dan belum baca) “buku healing” lain, tapi kalau kau mahu berdamai dengan diri, mereda sekaligus mengikhlaskan, dan menikmati bait-bait puitis penulisan, buku ini (dan Fahd Pahdepie) adalah buku (dan orang) yang tepat.


“Semoga Tuhan mendekatkan semua rahsia perasaan pada jawabannya.”




0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.