Penting Ke Tulis Journal?


Journaling. 


Perkara yang aku rasa aku wajib buat. Kalau bukan tiap hari, dalam satu minggu tu mesti ada yang aku tulis. Aku tak aktif sangat menulis journal sebelum ni. Aku ada few note books and journals tapi aku tak tahu nak tulis apa. Aku mula dengan beli planner je circa 2017 back then. Itu pun sebab aku nak keep track tarikh dan appointment hospital arwah mak. The rest is events and birthdays.


Kemudian entah kenapa, menulis di dalam planner dah jadi antara hobi aku. Nak pulak kita tengok reference planner orang lain, brands yang keluarkan jenis-jenis planner macam Hobonichi, Kokuyo Jibun Techo, Midori, Mossery.. datang pulak all those cute stationeries kan. Laaagilah.


Tapi I didnt start journaling because of any of that. Aku mula menulis journal sebab terlalu banyak hiruk-pikuk dalam kepala aku. Terlalu berselirat apa yang ada dalam hati aku. Macam ada lima ribu wayar berbelit-belit dalam minda dan jiwa. Dan menulis journal adalah salah satu cara yang aku buat untuk merungkaikan apa yang abstrak yang dok bergaduh dalam ni.


Tapi aku tak aktif sangat pun masa tu. Mungkin boleh dikatakan aku ada tulis sikit-sikit start 2020. Punca mental tak okay ni mungkin sebab life je la kot. Aku rasalah. Then, lepas aku mula baca buku non-fiction tulisan James Clear dan Mark Manson, aku mula konsisten tulis journal. Tapi still, confuse nak tulis pasal apa.


Thank God penulis famous juta-juta asyuk macam depa ni buat newsletter dan aku subscribe (of course yang free punya). Sekali seminggu (kot) mereka akan kasi insights, thoughts, and ideas tentang anything, yang somehow membantu aku untuk mulakan journal aku. So dari situlah aku mula muntahkan fikiran-fikiran aku, kegelisahan-kegelisahan aku, harapan, kekesalan, kebahagiaan, semualah. Sebab aku rasa manusia ni semua ada hal dia sendiri. Jadi aku tak suka mengharapkan orang dengar aku sangat. Dan aku susah sikit nak berkongsi apa yang aku rasa, lebih-lebih lagi kalau melibatkan keserabutan yang aku sendiri tak tahu nak cerita macam mana.


Semua baik-baik saja sebenarnya. Cuma journaling buat aku rasa aku bernyawa. Aku tak sekadar hanya ada tujuan dan matlamat hidup, tapi aku boleh nampak dan baca apa yang berselirat dalam kepala. Lama-lama, dah jadi kebiasaan untuk aku menulis tak kiralah isu apa pun; plan on weekends, recap daily life, thoughts on friendship, purpose of life, risaukan anak, sayangkan suami.. macam-macam.


Aku bersyukur untuk hal ni. Journaling juga mengajar aku bahawa bukan semua benda yang kita tulis tu kita perlu tunjuk dan kasi orang baca untuk difahami dan didengari. Cukup sekadar terluah semua tinta yang tercoret, aku lega. Bak kata Gurkin dalam Sydney White, it's not about being read, it's about being written. Macam blog ni lah. Hihi.


Kadang orang tertanya-tanya betul ke journaling ni salah satu jalan healing? Menjadi ke? Nampak macam pelik je kan? Takpe. Kau try untuk satu minggu. Lepas tu roger aku di sini and tell me how it was.


All the best!







0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.