Moreh dan Mengopi.

Semalam aku keluar gi moreh kekonon. Susah nak cari local cafe area tempat aku. Ada tu ada, tapi tak pernah try pergi. Area pulau bersepahlah. Seberang tak berapa, but aku dapat few suggestions. Anyway, best juga lepak semalam, walaupun muka itu jugaklah aku hadap kat rumah haha! 




Mulanya nak ke Starbucks, tapi nahaiii macam ada event perkhemahan dah kat situ ye. Punya ramai. So we went to Bask Bear since last week dah ke Zus. Saja nak try kopi dia. Aku ambil salted caramel hazelnut macchiato. Husbae got his hazelnut latte. Tugas anak aku pulak habiskan the double choc chip muffin.





Not bad rasa dia. Tapi my drink bagi aku manis sikit. Sampai aku curi air masak anak aku to lighten it a bit. 

Bagi aku, kalau bab kafe ni, tempat lepak yang best bukanlah terletak kepada makanan dan minuman dia sangat, tapi first sekali kau kena cari tempat yang ada kerusi yang sedap untuk duduk dalam masa yang lama. Tempat kalau ada sofa, lagi baik.

Selalunya Starbuckslah. Aku pernah lepak sembang sampai 7 jam. (Hai, Starbucks Green Hall) Haha! Kat Bask Bear semalam of course attack sofa dulu. Zus paling tak best sebab meja pun kecik. They should step up their game kot. Sebab bagi aku yang suka lepak kafe-kafe macam tu memang bayar untuk tempat juga, bukan beverages and food semata.

Tapi yelah, pendapat aku je la. Pendapat engkau lantak engkaulah. Haha! Then jalan-jalan kejap teman anak aku tengok hamster, gecko dan ular kat pet shop area situ. Walaupun pet shop tu dah tutup ye. Tengok kat cermin je. Bolehlah buat ghaso-ghaso.


Snap suasana malam Ramadan kejap. Bila lagi.


Sebelum balik sempat layan fireworks entah siapa pasang. Not bad la to end the night. Tujuan aku tulis kat sini, takde tujuan pun. Saja nak bagi nampak yang aku update blog selalu. Konon rajin gitu. Btw, kalau kau suka wooden tray macam di Bask Bear ni, bolehlah beli kat sini. Aku beli jugak letak kat meja makan rumah aku. Hihi.


Anyway, raya Jumaat ke Sabtu ni?

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.