Jumaat.
Tadi aku baru selesai memuat naik satu gambar di Instagram aku. Gambar sawah padi je. Tapi caption yang aku tulis tu buat aku berfikir semula. Betul ke aku sudi bersunyi dan menulis lagi? Betul ke menulis puisi ni masih dunia yang aku mahu?
Soalan ni jarang-jarang datang dari kawan-kawan se-arena dunia penulisan ni. Tapi baru ni, a friend of mine, kawan-kawan yang kita suka juga, ada menegur aku di ruang mesej di Instagram -- hang into puisi lagi ka Para?
Soalan ni simple je. Aku pun jawab je la masih sebab ingatkan aku nak dapat job menulis ke kan. Haha! But somehow aku terfikir jugak, eh, betul jugak ye. Aku masih lagi suka buat benda ni (menulis puisi) ke? Bukan apa, aku kenal Wan (dengan Yana) ni dah lama. Aku antara saksi awal bisnes diorang sebelum Calaqisya mendunia. So bila member (dari arena yang lain sikit) bertanya soalan macam tu, aku pun terfikirlah.
Sepanjang aku menulis puisi, aku dah dapat apa? Apa pencapaian aku? Aku betul minat ke? Aku memang ada skill ni ke? Atau aku perlu venture je ke arah lain to see my own potential? Kebanyakan kawan-kawan yang dah jarang menulis ni sebab diorang (mostly) dah ada tanggungjawab lain. Tapi yang meninggalkan arena penulisan dan buat bisnes lain ni, sebab apa?
Sebab memang diorang rasa dengan menulis (dan mengeluarkan buku) ni tak boleh cari makan kot eh? Sebab kalau kita tengok balik, mana ada penulis (di Malaysia) ni yang kaya-raya. Jangan kata minat saja boleh survive, nak beli ikan cuba exchange dengan buku puisi tengok dapat ikan ke tak.
But then, aku kembalilah bertanya semula. Aku betul minat ke? Aku masih minat ke? Kalau tak, aku boleh buat apa lagi sebenarnya?
Mark Manson kata, questioning ourselves and doubting our own thoughts and belief is one of the hardest skills to develop.
Well, I'm acquiring, Mark. Cuma next step je aku tak jumpa lagi. Takkan kena minum kopi lagi ni? Hmm..
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.