Izinkanku Membebel (1)

Dua tiga hari ni, di media sosial kecoh tentang tiga hal yang biasa terjadi dalam masyarakat kita. Pertama, pekerja bujang yang emosi sebab selalu kena tanggung kerja pekerja yang sudah berkeluarga. Kedua, hal drama Melayu. Dan ketiga, hal penceraian selebriti.


Kadang, kita terlalu sibuk memberi komen tentang banyak hal, terutamanya hal yang tidak perlu, hal yang kita tidak tahu, juga hal yang kita belum lalu/alami.


Dulu, aku selalu rasa aku sebagai pekerja bujang, tak ada komitmen sangat. Kerja di pejabat, habis di pejabat. Tak ada masa untuk aku "cuci najis orang".  Tapi, walaupun aku bujang, aku jaga mak aku yang sakit. Ada hari yang aku memang kena bawa dia ke hospital, atau aku jaga jika dia perlu bermalam di hospital. Kalau seminggu, seminggulah aku kat sana. Aku boleh marah walau aku tak selesa, sebab kerusi hospital memang tak seempuk tilam di rumah. Tapi, apa pula kata mak aku? Dia minta untuk sakit ke? Dia ke yang arahkan doktor tahan dia di wad?


Bila aku tengok di Twitter dua hari lepas, pasal pekerja bujang yang kena hadap kerja yang ditinggalkan oleh pekerja yang dah berkeluarga kerana alasan anak mereka sakit, anak kena pergi sana, kena ambik anak awal.. Anda berhak marah jika orang yang meminta tolong tu memang selalu penuh dengan alasan dan penipuan.


Tapi tak adil juga untuk menghakimi sebegitu sekali. Ketahuilah, hati ibu bapa ni, anak tak berak tiga hari je pun dah susah hati bagai nak rak. Lagi pulak mak-mak yang overthinking (macam aku). Otak sentiasa ligat berjalan, hari ni nak masak apa, esok nak buat aktiviti apa, kenapa anak tak berak lagi, anak banyak akal, anak demam (walau suhu 37 pun dah mula panik).


Ini adalah benda yang kita nak komen, tapi kita belum lalu atau alami. Aku tak nak cakap ayat "kau belum kahwin, belum ada anak lagi, nanti kau tahulah". Aku tak perlu cakap benda tu. Tapi dulu, waktu aku bujang, belum berkeluarga, aku agak panik dengan perkongsian kawan-kawan tentang hal anak-anak mereka. Yelah, orang lain dah beranak-pinak, kau masih di situ. Tapi betapa Tuhan membuktikan bahawa pantasnya waktu memakan kata-kata aku. Sekarang, nyah, aku ada Instagram yang aku buat khas untuk anak aku.


Dah banyak kali life hits me sebab apa yang keluar dari mulut aku je. Kadang tu, benda yang terdetik dalam hati je. Bila kau tersedar kenapa Allah bagi ujian kat kau, tiba-tiba otak kau terflash back hal yang kau pernah ucap dulu. Walau bertahun lamanya, trust me, it never fails to come back and fucks you hard. Power teruk kan kuasa Allah tu?


Aku tak komen pun isu tu di Twitter. Sebab aku tahu, isu tu tiap tahun akan ada. Apa yang penting, komunikasi. Kalau kita cakap baik-baik dengan orang, orang mungkin akan bertolak ansur juga. Mungkin hari ni masalah orang jadi masalah kita, entah-entah esok-esok, masalah kita pula yang orang tolong selesaikan. Waktu akan sentiasa membuktikan kuasa-Nya, dik. Percayalah.


Mak aii. Panjang jugak aku bebel sini. Okay masuk topik kedua dan ketiga, situasi yang berlainan tapi memiliki hal yang sama. Risik Pada Hati. Sampai bergaduh-gaduh umat manusia dok bersembang pasal drama tu. Siapa salah, suami ke isteri ke orang ketiga ke (yang ni memang selalu salah sebenarnya awas ye) Haha! Sebab tu kot aku avoid tengok drama Melayu sekarang ni. Bukan tak suka ye. Selain daripada anak aku nak tengok kartun, aku sendiri dah jarang tengok tv. Tapi sampai bergaduh kat media sosial tu kira dahsyat jugaklah. Biasalah, hal "lelaki atau perempuan" ni takkan habis, nyah.


Bab jodoh dan penceraian, aku rasa Mizz Nina & Noh pun tak nak benda ni jadi. Tapi siapalah kita untuk lebih tahu hal rumah tangga mereka. Aku tak rasa penceraian (in general) ni suatu benda yang buruk. Setiap benda mesti ada sebab kenapa Allah bagi kita buat. Cuma, kalau kau masih lagi nak bertahan dalam ikatan yang menyakitkan diri kau mahupun pasangan, tidakkah kau yang perlahan-lahan sedang membunuh diri kau sendiri?


Bukan semua hal elok datang jika kita memiliki. Adakalanya melepaskan juga perlu untuk memulakan sesuatu yang lebih baik. Yang tak bagusnya bila kau stuck. Maju tidak, mundur pun tidak. Memang kejunglah kat situ.


Betul tak apa aku kata? Ke aku kena makan nasi dulu ni?

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.