Bisa Boleh Ke? Kalau Tak Bisa, Macam Mana?

Rajin betul aku update blog ni lately. Mungkin sebab aku dah mula slow down tweet on Twitter kot. So lepas cerita di entri aku yang lepas, aku berjaya menghabiskan satu novel. Well, untuk umat kurang membaca ni okay kot for a start. A two weeks reading. Walau kena humban buku tu dengan anak, dia ambil penanda buku dan makan, but alhamdulillah I've finished the book.


Another update -- aku dapat anak saudara baru. Baby boy. Alhamdulillah again. Anak aku ada geng la nanti nak main badminton. Hihi. Anyways, bukan sebab tu sangat yang buat aku nak tulis blog hari ni. Semalam terjaga dari tidur, buka handphone dan terbaca di Twitter satu tweet yang bagi aku sangat tak rileks.


Tweet yang berbunyi: Penyajak Malaysia akan merdeka bila tidak lagi guna "bisa" seperti orang Indonesia.


Mungkin aku bukanlah penyajak, aku cuma seorang yang suka menulis puisi. But some people call me that. Dan sebagai penyajak Malaysia, aku rasa perkataan "bisa" yang terlalu identik dengan Bahasa Indonesia ni sangat remeh untuk dijadikan isu. Aku memang cuba elak perkataan "bisa" yang bermaksud boleh atau mungkin ni dalam tulisan-tulisan aku kerana aku mengaku ia memang kedengaran sangat Indonesia.


Tapi prinsip aku, kalau sebelum aku nak memilih satu perkataan tu untuk dijadikan tulisan dalam puisi-puisi aku, aku selalunya akan semak kamus BM atau prpm DBP online tu. Kalau perkataan yang aku nak guna tu terdengar terlalu Indonesia, tapi dalam kamus Bahasa Melayu ada, wujud, maksud dan ertinya sama je, aku akan guna. Sebab bagi aku, seperti yang dikatakan Gurkin dalam filem Sydney White terhadap blognya, it's not about being read, it's about being written.


Pada pendapat aku, tak semestinya perkataan yang kita selalu dengar di Bahasa Indonesia tu tak ada dalam Bahasa Melayu. Tak aku nafikan Bahasa Indonesia terdengar lebih puitis daripada Bahasa Melayu, tapi kalau kita selalu semak dan mencari diksi-diksi Bahasa Melayu, kita pasti tahu berdiam boleh diganti dengan bergeming, hilang boleh diubah menjadi sirna, atau boleh tidak akan ada masalah jika diusulkan dengan bisa.


Bagi aku, orang yang paling malang bukanlah orang yang merasa bahasa asing lebih baik daripada bahasa sendiri, tetapi orang yang merasa bahasa sendiri terlalu asing untuk digunakan baginya. Menurut kata Dzawin di dalam vlognya #Alkomenu bersama Nopek -- Tidak ada yang salah dari sebuah pilihan. Yang salah adalah ketika sudah memilih, kemudian mengeluh. Dan yang bodoh adalah ketika sudah mengeluh, tetap bertahan di pilihan tersebut.


Walaupun aku pun tak pasti kata-kata ni link ke tak dengan apa yang aku nak sampaikan, tapi itulah dia. Walaupun aku sering mengelak memilih kata bisa dulu, but from now on, I will "bisa" whenever I like. Lainlah kalau dalam puisi aku tu aku tulis ambigu ke, bangkrut ke. Memang Indonesia nau nau la. Tapi ikut yuols la, cuma aku tak rasa la sampai terjajah begitu sekali. Negara yang merdeka ni pun tak bebas mana, kan.. Lahhh tiber.


Okaylah tu je nak cakap. Sedap juga tulis blog sambil layan Supercube red dates & goji berry ni.




0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.