I Have To Ponder This Before It Eats Me. (Deactivate Twitter?)

Beberapa hari yang lepas aku ada terfikir tentang adakah aku perlu tone down dalam berpendapat, terutamanya tentang menulis pendapat di media sosial, especially di Twitter. 

I'm a Twitter person. Bagi aku Twitter antara media sosial yang membolehkan kita mengetik apa saja yang lalu dalam kepala. Put aside siapa yang kena angkut kerana tweet-tweet yang kurang menyenangkan beberapa pihak, tapi Twitter bagi aku seperti tempat yang selamat untuk aku dan emosi-emosi aku. 


So semalam aku rasa ada benda yang aku perlu simpan dan biarkan begitu saja. Sabtu malam, aku tonton live di Instagram Fynn Jamal berkolaborasi dengan Wani Ardy tentang menulis. Aku setuju tentang beberapa hal, terutamanya tentang penulisan dan hasil karya yang adakalanya tak perlu pun dipublish on the spot di social media sampai kita tinggal tak ada apa untuk our next material.


Benda ni aku baru je mula, since aku berhenti menulis puisi-puisi untuk diupload di Instagram. Biarlah Instagram hanya gambar dan caption yang mungkin aku cuma copy paste quotes manusia bijak lain kerana aku lebih mencintai seni bergambar di situ. 


Berbalik kepada Twitter, semalam bersembang sikit dengan Kak Hidd di Instagram. We did speak about Twitter deactivation. Aku cakap aku belum ready. Lagipun kalau deactivate, takut orang ambil twithandle aku dan tweet entah apa benda.


Aku ada tanya tips of how Kak Hidd disappear terus dari Twitter. Sebab ramai kenal dia since susudalambotol(dot)blogspot kan.. She said dia ada menerima "teguran" dari someone. Aku faham. Twitter ni tempat yang buat kita galak untuk komen semua hal, padahal bukan hal kita pun. Dan aku, di umur yang semacam ini, yang sedang mula bertanya tentang hal-hal eksistensial diri, mula mempersoalkan motif aku. 


Mungkinkah kerana aku masih mahu terlihat relevan sebagai Para Jamaludin, seorang penulis puisi? Atau aku akan terkesan jika aku cuma nobody? (Well, aku memang nobody pun) Ini zaman apa sebenarnya? Masih zaman populariti, banyak followers dan ramai connections ke? Bukan zaman ramai yang meninggal dan tak sempat buat apa-apa? Or aku je yang acah insaf?


Mosyuki Borhan pernah cakap kat aku, benda insaf ni selalunya hal yang sekejap je. Esok lusa kita jadi diri kita balik. Aku setuju. Tapi mana orang jumpa kekuatan untuk tinggalkan rutin dan kebiasaan yang selalu mereka buat?


Baru ni aku ada tegur kawan aku di direct message di Twitter. "Hang pi mana? Lama tak nampak tweet hang. Jaga diri, Kedah banyak kes covid". Lebih kurang macam tu. Dia reply aku di Instagram. Dia cakap dia ada. Tak tweet. banyak main game". I think this is one of another example of diversion yang aku boleh cuba. Cari hobi lain untuk ganti masa-masa yang terbuang kerana social media.


Baru-baru ni, dalam vlog Fiersa Besari, Gunung Sagara Part 1: Ditikung Kawan, Fiersa ada mengatakan satu hal tentang hobi -- Memang setiap orang harus punya hobi tapi biasakan hobinya tidak menghancurkan apa yang sudah kita punya. Aku setuju. Kalau hobinya panjat gunung seperti beliau, harus pastikan keluarga, anak isteri di rumah selamat dan ikhlas dengan perjalanannya. Kalau hobi kita menyusahkan orang lain, susah juga.


Aku pernah berazam -- untuk menjauhi media sosial, aku harus membaca buku. Wow, bukan? Aku selalu beli banyak buku, tapi nak baca satu pun belum tentu. Mungkin aku harus cari waktu. Tapi banyak pula waktu aku untuk pegang handphone. Hmm.


Jadi langkah mana yang aku harus jalani dulu ni? Deactivate Twitter? Cari hobi lain? Cari masa membaca? Hmm..



Mungkin aku boleh mula dengan membancuh secawan kopi. Dari tadi melalut, kopi pun belum buat lagi. Kerana berfikir tanpa mengopi ibarat mengopi tanpa berfikir. Kan? Ke bukan?


Haih. Patutlah macam ada yang kurang beres.





0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.