Jihad dan Jujur.

Aku sebenarnya dah nak berhenti bercakap pasal ni. Tapi banyak betul ulasan orang lain di media sosial tentang perang tiga penjuru antara Nadir-Ebit Lew-Caprice. Singkat cerita macam ni lah. Tiap sisi baik, ada banyak lagi sisi yang hampir sama, lebih kurang, berlawanan atau bertentangan dengan itu. Walau ia datang dari siapapun, kita harus percaya bahawa manusia -- sampai bila pun dapat mewujudkan syurga atau nerakanya, berperan seperti malaikat, atau bahkan menjadi iblis itu sendiri. Faham? Okay move on. Aku tinggal benda tu begitu saja. Senang.


Next, pasal kejujuran dan tanggungjawab. Bukan kejujuran yang ada dan tanggungjawab yang diberikan kepada para menteri ye. Bukan. Itu nak cari susah, bila jumpa, kena tipu lagi. Haha. Ini tentang vaksin angin yang jadi isu. Orang sekarang gelap mata betul dengan duit. Walaupun boleh jadi kecuaian, pasti ada jenis orang yang selalu mengambil kesempatan atas kesempitan.


Kemanusiaan dibatalkan atas nama wang ringgit. Cucuk angin dan jual vaksin dengan harga tinggi. Orang-orang begini patut ditenggelamkan ke jurang Mariana. Atau jika masih ada Titanoboa, mereka dibuat hidangan untuk ular raksasa tersebut. 


Cukuplah reaksi menteri yang gagal, atau keputusan mereka yang dangkal tentang hal rakyat. Kita sebagai rakyat tolonglah rakyat. Kalau tak, siapa lagi? Beras di rumah disumbang menteri cuma satu atau dua kali jika kita kesusahan. Itupun dengan gambar mukanya yang menutup hampir tiga perempat jenama beras. Yang banyak memberi harapan dan ruang hidup ketika rakyat susah hanya ada rakyat lain yang prihatin.


Ingat sampai mati.


Okaylah. Gerak dulu. Kopi dah nak sejuk. 




0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.