Kenapa Wanita Lambat Kahwin?


Semalam, kecoh di susur masa Twitter tentang sebuah pesanan motivasi dari seorang pakar mata tersohor di Malaysia tentang kenapa wanita lambat berkahwin. Pemilihan kata yang kurang tepat olehnya membuatkan isu ini menjadi besar dan diulas oleh semua orang di kebanyakan akaun media sosial mereka, terutamanya perempuan-perempuan yang belum berkahwin, juga perempuan-perempuan yang sudah berkahwin. Tidak ketinggalan, para lelaki juga turut ikut campur.


Bagi aku, sebagai seorang pakar mata, sebaiknya biarlah menjadi pakar mata sahaja. Pandai bercakap sahaja tidak melayakkan anda menjadi seorang pakar motivasi yang boleh mendidik orang lain. Semua orang tahu apa yang positif, apa yang negatif. Mungkin beliau extra reti to put all those into words, dan buat duit.


Aku tahu ramai kawan-kawan aku merupakan peminat beliau. Mengagumi beliau dan perihal motivasi yang diberikannya di media sosial serta televisyen, tetapi kita tidak harus obses dengan mana-mana oknum atau figure semata-mata untuk menghidupi apa yang kita jalani.


Benar, semuanya semata kerana inspirasi dan sebagai pemberi semangat. Tetapi tidak selamanya orang yang kita ikuti itu tiada salahnya. Sebagai manusia yang sentiasa terdedah dengan "kehidupan contoh" manusia lain di media sosial, kita harus sentiasa perlu untuk memilih dan memilah mana baik atau mana yang tidak.


Hari ni saja penat dengar pasal ni. Dari skrol media sosial sampai ke radio, isu yang sama. Aku tak terasa apa cuma kasihanlah kawan-kawan yang belum bertemu jodoh. Ada yang sudah berusaha, ada yang belum bersedia, ada yang tidak menginginkan. 


Kenapa kita sibuk merasa betul dengan diri kita dan selalu memperbetulkan bagaimana orang lain menyikapi sesuatu hal?


0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.