Duapuluh duapuluh satu.

 Azam tahun baru.


Penat nak layan benda ni tiap-tiap tahun sebenarnya. Lagi-lagi kalau harapan kau terhadap hidup ni biasa-biasa saja. Nak pulak diranapkan lagi oleh kekotoran lumpur politik yang memalit seluruh dosanya pada cita-cita kau yang semakin terkambus.


Hari ni aku terasa nak menulis sebab saja-saja. Mungkin antara azam tahun baru. Atau mungkin aku baru lepas stress dapat kerja itu ini. Kerja takkan pernah habis, bukan? Lagipun dah hampir lima belas juta kali aku tahan sabar dengan memori telefon bimbit aku yang kecil, dan prestasi komputer riba aku yang lagi lambat dari siput babi ni.


Entah kenapa komputer riba antara perkara yang aku tak terfikir nak tukar, padahal hari-hari aku buka. Ini pun dah masuk komputer riba kedua sepanjang aku hidup. Bermula dengan brand HP tahun 2006, dan sekarang, yang maha Acer, dari tahun 2012. Enam tahun gap. Dan sudah lapan tahun aku menggunakan laptop yang aku gunakan sekarang. Mungkin dah memang adat aku, akan pakai sesuatu barang tu sampai barai. Untuk semua benda sebenarnya. Laptop, telefon bimbit, handbags, kasut, purse, semualah. Bila semua nak rosak serentak, nak lag, mulalah kepala aku yang jam.


Tapi semuanya masih bertahan untuk aku. Cuma hidup aku serabut. Prestasi untuk aku siapkan kerja jadi kacau. Lebih banyak memaki daripada membaiki. Rezeki terpijak hujung tahun hari tu aku cuma simpan, tapi entah untuk apa atau untuk siapa, sedangkan aku mampu tukar salah satu daripada dua teknologi penting dalam kehidupan ni. Atau tukar kedua-duanya sekali.


Mungkin memang sudah menjadi adat aku lagi, selalu risaukan benda yang belum jadi. PKP mengajar aku betapa pentingnya menyimpan, ditambah lagi dengan keadaan ekonomi sekarang ni. Sebab tu aku tak berani nak beli apa-apa yang baru untuk diri sendiri. Apa-apapun aku akan dulukan keluarga. Family. Sebab hidup ni bukan semata kita. Kita galas kata anak, ibu, isteri, kakak. adik, ayah, abang, makcik, cucu, nenek, datuk. Hablumminannas kena jaga. Wah apa tu? Haha!


Dan kebetulan, hasil permohonan i-sinar keluar hari ni. Aku tak dapat walau ada ciri-ciri yang KWSP nak. Mungkin aku akan cuba untuk kategori 2. Untung sabut, timbul, ye dak? Kalau tak dapat juga, mungkin rezeki aku di hari tua nanti. Atau rezeki anak-anak aku. Siapa tahu. Cuma kena lebih kerja keras untuk menyimpan.


Atau mungkin aku kena ikat perut since nak diet pun sekejap semangat, sekejap tidak. Fikir-fikir balik, aku pun ada 28 hari puasa yang nak diganti. Mana tahu boleh kurus. Mungkin boleh kurus kalau tanpa berbuka. Kalau berbuka enam ekor unta hari-hari, memang selamanyalah jadi bak kata kawan aku, mak Giant.


Anyway, 2021 ni dimulakan dengan bencana alam nampaknya. Untuk penduduk Pahang dan Johor, semoga dipermudahkan urusan mangsa-mangsa banjir semua. Geng Pantai Timur pun kena jaga-jaga. Aku yang kat utara ni pun sejuk melayan cuaca hujan. Yang makan pakai terjejas kerana banjir entahlah macam mana. Bersabarlah semua.


Mengantuk pula menulis waktu petang macam ni. Patut aku tulis pagi-pagi lagi. Mungkin azam tahun baru aku kot nak rajin menulis walaupun tak ada hala tuju. Okaylah tu, kira bagus dah ni. Harapnya tak sebulan sekalilah. Tapi, betul ke sekarang ni dah tahun 2021? Entah-entah tahun 2020 Pro Max. Siapa tahu?


Gerak dulu. Nak buat kopi.


0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.