Seorang manusia berhempas-pulas memastikan semuanya terjaga, termasuklah malasnya. Beberapa tolong selalu membunuh kemalasan itu dan mencetus percikan api yang datang sekali-sekala. Tidak dia tahu semuanya hanya pinjaman, termasuklah ganjaran untuk kesemua pertolongan.
Entah apa yang menghalang manusia itu untuk menepis nyaman. Malah dia tak pernah bergerak pulang. Banyak orang di seberang juga bilang bahawa dia tak pernah datang.
Semua kerana cukup.
Semua kerana tak mengapa.