November Is Not That Bad After All.

Akhirnya. Setelah lima hari menunggu selepas Pilihanraya Umum ke-15, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Suka atau tidak, kita cuba. Cukup-cukuplah dengan provokasi dan sentimen yang memecah-belahkan negara. Kita mulakan Malaysia yang baru.


November bagi aku, selalunyalah, bulan yang tak pernah miss buat aku rasa sedih. Sedih yang bukan sad, tapi sorrow. Aku banyak fikir tentang anak dan appointment-appointment yang nak kena attend bulan ni. Aku mengalami anxiety attack, tidur tak lena, bila dah tidur mimpi macam-macam. Bulan ni jugak ada tarikh abah aku meninggal, sekaligus ada tarikh birthday mak aku yang dah meninggal.


Kawan aku suggest aku jumpa doktor untuk check mental health or consult a therapist. Macam lawak tapi betul ke aku perlu buat semua tu? Ye, DASS test memanglah tak okay mana tapi.. should I? Untuk setahun ni aku tak keruan sebab aku terlalu perhatikan development anak aku. Aku marah dengan diri sendiri, aku marah dengan semua orang. Aku pernah terfikir nak bunuh diri (nasib baik mak aku datang dalam mimpi malam tu) Hahahaha drama but that's reality.


Then datang November 2022. Bulan yang aku judge, aku prejudis. So, bulan ni ada dua appointment hospital, dua appointment klinik, satu asessment occupational therapy session untuk anak aku, cuti mengundi, cuti Anwar jadi Perdana Menteri.. Banyak betul aku cuti bulan ni.


Tapi aku tak peduli. Demi anak, aku cuba dan redha. Banyak benda yang aku doa, aku risau, aku perhati, aku marah, aku bengang, aku menangis. Tapi Allah masih maha baik terhadap aku. Alhamdulillah untuk November kali ini. Lagi-lagi minggu ini. Dia maha mengetahui, Dia maha mengasihi. Tunggu aku je nak lupa atau nak pegang pada janji.


    Tak ada yang salah pun bila kita buat kesilapan. Yang salahnya bila buat silap, tapi masih tak belajar dari kesilapan tu.


So, hari tu kau undi siapa? Hihihi.


0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.