Batas Sabar.

Terlalu banyak dalam kepala.
Tak ada tempat untuk bercerita.

Pendam,
Pendam,
Pendam.

Sabar,
Sabar,
Sabar.

Aku dan batas tidak pernah berjumpa.
Semuanya terpujuk sendiri dengan nanti.
Tidak ada yang memeluk saki baki mandiriku.
Aku dan kekuatanku terlalu dalam ke bawah,
Sedar tak terjumpakan, sesal setelah kehilangan.

Kau memejam saat aku cuba mencari matamu.
Suaraku tenggelam dengan bunyi-bunyian itu.
Mendengar tidak lagi menjadi pilihan,
sedang kau tahu aku selalu terus menerus memilihmu.

Maaf.
Tidak akan kucari lagi walau begitu ingin.
Akulah kesesakan yang membuatmu begitu kusut.

Demi Tuhan, aku tak pernah sengaja menyerabutimu.
Selamatkanlah aku. 
Aku tidak mahu mengikut jalan mudah itu.