Mengikhlaskan Jalan Semesta.



Sesuatu yang jauh sentiasa tidak akan terlihat dekat di mata. Tidak tahu apa, tidak juga bernama. Harta yang terjaga dan kemasan cerita yang terbaca--kita tidak lagi mencari kerana kita tahu ia tersimpan di mana.

Fikiran ini jarang melupakan apa saja yang telah dilewatkan. Walaupun tidak kau dengar khabarnya mahupun cerita-ceritanya, doakanlah agar semuanya baik-baik saja. Meski kau belum tahu jalan ceritamu, doakanlah cuma kebahagiaan untuk siapapun yang pernah melewati hidupmu, dengan sengaja ataupun tidak.

Orang yang kau minta menghargaimu itu mungkin tak pernah kau terima penghargaannya, tetapi ketahuilah olehmu adalah jauh lebih berharga jika namamu diam-diam terselit dalam doa-doanya.

Ada yang berdiam tetapi bersemoga. Ada yang berkecuali tetapi bersama. Tenang saja. Kau juga akan menemukan pulang. Semua cerita juga akan akhirnya kembali kepada rumah.